Mahkamah Tolak Rayuan Khairy Untuk Pinda Kenyatan Pembelaannya

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 6:47 PM

Khairy Jamaluddin
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim berkata hujahan dikemukakan oleh peguam mewakili Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal menyakinkan mahkamah.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul apabila tidak membenarkan pindaan dilakukan.

Hakim Abdul Aziz yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan Khairy membayar RM5,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.

Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur esok.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Ketua pembangkang itu turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Khairy, dalam kenyataan pembelaannya pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung pada kewajaran pembelaan dan perlindungan bersyarat.

Pada 9 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman itu.

Beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Anwar diwakili peguam J. Leela.
Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan