Kes Saman Nurul Izzah Terhadap Utusan Berhubung Kebebasan Beragama Selesai

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 3:11 PM

Nurul Izzah Anwar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung kebebasan beragama orang Melayu selesai hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Wan Azmir Wan Majid, yang mewakili Abdul Aziz dan Utusan dan peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili Nurul Izzah.

Wan Azmir memberitahu pemberita bahawa plaintif dan defendan bersetuju menyelesaikan kes itu tanpa pengakuan liabiliti.
 
"Kedua-dua pihak juga bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berdasarkan terma-terma yang telah dipersetujui oleh mereka," katanya sambil menambah kos guaman masing-masing ditanggung oleh plaintif dan defendan.

Nurul Izzah selaku plaintif dan Abdul Aziz selaku defendan tidak hadir pada prosiding hari ini.
 
Sebelum ini, mahkamah mencadangkan supaya kes itu diselesaikan secara mediasi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim, tetapi pada 3 Julai lepas, mereka gagal untuk menyelesaikan kes itu.

Sehubungan itu, Hue kemudian menyarankan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah dan hari ini kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian.

Pada 23 November 2012, Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan saman itu dengan mendakwa Abdul Aziz dan Utusan, sebagai defendan pertama dan kedua, memutar belit kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 5 dan 7 Nov, 2012.

Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Utusan Melayu

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan