Pemandu Teksi Cederakan Pemandu Warga Emas

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan sengaja mencederakan seorang pemandu teksi warga emas di Sentul, awal minggu lepas.

Shahidan Sa'ari, 37, didakwa menumbuk muka dan kepala How Wan Seng, 62, di hadapan Tokong Cina Jalan Sentul di sini pada 9.10 pagi, 11 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Shahidan memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan terhadapnya atas alasan dia perlu menanggung ibunya yang menghidap sakit jantung selain dirinya yang sedang mendapatkan rawatan kerana menghidap sakit kulit.

Di mahkamah sama, seorang penjaga tempat letak kereta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Brickfields, di sini awal Jun lepas.

Ahmad Fazli Muzir, 44, bersama dua lagi rakannya yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan terhadap Wong Fook Seng, 27, dengan tujuan mendatangkan ketakutan iaitu kerosakan kepada tapak projek sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh dan dua rakannya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tapak projek Rumah Pam Pantai Valley Syabas berhampiran stesen LRT Universiti, Brickfields pada 3.40 petang, 4 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Erry Shariman membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Nom Phot Prackdit.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan