Perbicaraan Penceroboh Lahad Datu Disambung

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perbicaraan terhadap 30 individu yang menghadapi pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas, bersambung hari ini selepas hampir dua bulan ditangguhkan.

Saksi pihak pendakwa ke-32, pegawai penyiasat Inspektor Jamirin Kintai meneruskan keterangan mengenal pasti item yang diserahkan kepadanya oleh pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) ASP Mursalim Mohd Salleh, yang merampas item itu berikutan pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, pada 8 Mac tahun lepas.

Antara barangan yang dikenal pasti oleh beliau ialah beberapa kemeja-T putih dan sehelai kemeja-T berwarna kuning, dua pisau dan sarung parang diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) yang terlekat di tali pinggang hitam sepanjang 96sm.

Memandangkan sarung parang itu dikemukakan di mahkamah buat kali pertama, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memohon kepada mahkamah agar sarung parang itu ditanda sebagai eksibit dan bukan bahan bukti.

Ini kerana, beliau berkata ia tidak disahkan oleh Mursalim sebagai satu daripada barang yang beliau rampas ketika beliau memberi keterangan.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.


Tags / Kata Kunci: Lahad Datu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan