Saman Fitnah Tony Pua Terhadap Zahid Hamidi Selesai

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan satu pihak lagi berhubung penyiaran sebuah artikel, selesai pada Rabu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad merekodkan penyelesaian itu di mahkamah terbuka di sini selepas kedua-dua pihak memberitahu mahkamah mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Beliau membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak yang menyelesaikan perkara itu secara damai.

Pua, diwakili peguam Alliff Benjamin memberitahu mahkamah kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah beliau menarik balik kenyataan yang diberi kepada Utusan berkenaan dengan Pua.

Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak, diwakili penasihat undang-undang akhbar berkenaan, Shirad Anuar juga berkata mereka menarik balik artikel itu.

Alliff berkata plaintif menarik balik kes saman itu tanpa kebebasan untuk memfailkan saman baharu.

Pada 9 Dis tahun lepas, Pua memfailkan saman itu dan menamakan Ahmad Zahid, yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan, Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulannya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Pua mendakwa Ahmad Zahid bertanggungjawab dalam penerbitan artikel 'Tony Pernah Ditahan di Singapura' dan defendan lain gagal untuk menyiasat ketepatan artikel itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya pada 18 Mac 2011.

Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah yang sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , DAP Umno

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan