Peguam Negara Dibenar Ambil Alih Prosiding Menghina

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 1:46 PM

Datuk V.K.Lingam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis membenarkan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil alih prosiding menghina mahkamah terhadap peguam Datuk V. K. Lingam dan 24 yang lain kerana mendakwa panel Mahkamah Persekutuan memplagiat penghakimannya dalam satu kes sivil.

Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar mengeluarkan perintah agar Peguam Negara mengambil alih sebagai pemohon dalam prosiding menghina mahkamah itu, menggantikan dua penyelesai bagi Kian Joo Holdings Sdn Bhd (KJH) yang merupakan pemohon asal dalam prosiding itu.

Hakim Suriyadi juga membenarkan permohonan dikemukakan kedua-dua penyelesai iaitu Ooi Woon Chee dan Ng Kim Tuck untuk tidak meneruskan prosiding menghina mahkamah terhadap para responden.

Beliau juga memerintahkan peguam mewakili penyelesai berkenaan, Lim Chee Wee menyerahkan kertas sebab bagi prosiding itu kepada Peguam Negara dalam tempoh tujuh hari dari Khamis.

Hakim kemudian menetapkan 8 Disember bagi pendengaran prosiding menghina mahkamah terhadap para responden.

Terdahulu, peguam Gopal Sri Ram memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya, Lingam mahu hadir di mahkamah dan memberikan keterangan.

Beliau menjelaskan kepada mahkamah bahawa Lingam sedang bercuti sakit sehingga 29 November dan menurutnya anak guamnya itu tidak boleh bergerak dan tidak berada dalam negara.

"Dengan itu kami perlu tetapkan tarikh bagi itu (pendengaran prosiding menghina mahkamah," kata Hakim Suriyadi.

Tiada bantahan daripada Lim, Sri Ram serta peguam Pavendeep Singh dan Gurmit Singh yang mewakili penyumbang majoriti KJH, peguam Datuk David Gurupatham mewakili penyumbang minoriti KJH dan peguam T. Gunaseelan mewakili A.S. Thisinayagam yang juga seorang peguam, untuk Peguam Negara mengambil alih prosiding menghina mahkamah itu.

Ooi dan Ng memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan pada 3 April, 2012, untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Lingam dan 24 yang lain kerana mendakwa panel Mahkamah Persekutuan memplagiat penghakimannya.

Bagaimanapun pada 17 Jun tahun ini, dua penyelesai itu memutuskan untuk memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk menarik balik pertuduhan menghina mahkamah terhadap para responden, namun mereka sebaliknya diperintahkan oleh mahkamah tertinggi itu untuk memberikan alasan kukuh untuk menyokong permohonan mereka.

Peguam Negara kemudiannya memfailkan notis usul pada 7 Julai tahun ini untuk mengambil alih prosiding menghina mahkamah.
Mengikut Aturan 52, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi pengkomitan, sesiapa yang membersihkan penghinaannya boleh dihukum penjara, denda atau dilepaskan selepas mengemukakan permohonan maaf.

Pada 5 Januari 2012, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada dua penyelesai KJH untuk meneruskan penjualan 146.13 juta saham Kian Joo yang dipegang oleh KJH kepada Can-One Bhd bagi RM241.12 juta.

Pada 2009, para pemohon memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selepas Can-One memenangi tender untuk membeli 32.9 peratus pegangan dalam KJCF.

Mereka bagaimanapun gagal menghalang Can-One daripada memperoleh saham itu di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan memihak kepada dua penyelesai itu.

Responden kemudiannya memfailkan permohonan bagi memohon semakan terhadap keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelumnya, mendakwa wujud perbuatan memplagiat penghakiman Mahkamah Persekutuan setebal 47 muka surat, tetapi permohonan mereka ditolak Mahkamah Persekutuan pada 22 Mei, 2013.
Tags / Kata Kunci: Datuk V. K. Lingam , peguam negara

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan