Dipenjara 2 Minggu Kerana Khianat, Rusuh Di Balai Polis

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa setelah mengaku bersalah melakukan khianat dan merusuh di balai polis pada Sabtu lepas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman seminggu untuk setiap pertuduhan terhadap M.Jambu Nathan, 39, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos lepas.

Terdahulu dalam rayuannya, Jambu Nathan yang menangis teresak-esak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya atas alasan dia pergi ke rumah tersebut dalam keadaan mabuk untuk berjumpa dengan dua anak perempuan dan isterinya.

"Saya pergi ke sana kerana mahu jumpa anak dan isteri saya, kami tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu kerana ada masalah rumah tangga, tetapi saya masih menanggung mereka," katanya yang turut memberitahu setibanya di tempat kejadian, dia diserang sekumpulan lelaki sehingga cedera di tangan dan memerlukan lapan jahitan.

Ketika ditanya Ashraf Rezal mengapa dia merusuh di balai polis, Jambu Nathan memberitahu kakinya terkena pintu dan bukan sengaja menendang pintu seperti didakwa dan dia menjerit kerana menahan sakit akibat cedera dipukul.

Bagi pertuduhan pertama, Jambu Nathan didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin bahagian belakang perodua Alza milik jirannya dengan anggaran kerugian RM500 berdekatan no 78 blok C9 , Jalan 3/16 Rumah Panjang Jinjang Utara, Sentul di sini pada pukul 2.15 pagi 2 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Jambu Nathan didakwa mengeluarkan kata-kata lucah dan membuat kelakuan merusuh di dalam Balai Polis Jinjang, Sentul pada pukul 3 pagi hari yang sama mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan, atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian jirannya itu berada di kedai makan semasa menerima panggilan telefon daripada adiknya yang menangis sambil memberitahu tertuduh telah mengamuk dan memecahkan cermin kereta pengadu.

Pengadu bergegas balik ke rumah dan mendapati tertuduh telah memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan kayu sebelum turut memukul tangannya dengan menggunakan kayu yang sama sehingga lebam.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon hukuman setimpal atas alasan keadaan mabuk tertuduh tidak boleh jadi faktor pembelaan kerana dia sendiri yang meletakkan diri dalam keadaan mabuk.

"Tertuduh juga berpotensi menjadi ancaman terhadap masyarakat, pengadu dan keluarganya sendiri," katanya yang memohon hukuman yang memberi keinsafan dan pengajaran kepada tertuduh.


Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan