Cubaan Bunuh: Bekas Pengawal Keselamatan Dipenjara 80 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengawal keselamatan dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin setelah mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang bekas pemandu lori sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Andi Jemain, 52, dituduh melakukan kesalahan itu dengan menikam Mohd Nizam Mohd Zaini, 41, menggunakan sebilah pisau di No 2-9-8C tingkat 3, Jalan Raja Laut, di sini pada 5.30 pagi, 27 Julai lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Hakim Zainol Rashid Hussain memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 27 Julai.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainol Rashid sempat menasihatkan Andi supaya patuh pada undang-undang dan melapor pada pihak berkuasa jika mempunyai masalah.

Ketika rayuan, Andi yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa mangsa telah lama mengejek dan mengambil duitnya sesuka hati.

Tertuduh turut merayu, agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya kerana perlu menyara lapan orang anak yang masih bersekolah dan berhasrat untuk pulang ke Sarawak selepas selesai menjalani hukuman.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman setimpal kerana wujud bukti jelas yang menunjukkan tertuduh mempunyai niat cuba membunuh mangsa dengan menikamnya beberapa kali di bahagian leher sebelah kanan dan hanya berhenti apabila terkejut dengan kehadiran polis.

Joy Jothi turut memohon mahkamah menolak alasan tertuduh bahawa punca pergaduhan adalah kerana dia sering diejek oleh mangsa sebelum kejadian.

Tags / Kata Kunci: pengawal keselamatan , penjara , cubaan bunuh

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan