Tiga Rakan Didakwa Miliki Kontena Berisi Cakera Keras

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini  Jumaat  atas pertuduhan memiliki sebuah kontena mengandungi cakera keras bernilai AS$1.5 juta (RM4.77 juta) pada minggu lepas. 

Mohd Khairul Nizam Halimin, 28, Zaireen Irwan Yahaya, 39, dan Mohd Ferdaus Yusoff, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Ketiga-tiga lelaki itu didakwa memiliki sebuah kontena mengandungi cakera keras milik Western Digital di Jalan Sellathevan Off Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36 di sini, pada pukul 10 malam, 18 Julai lepas.

Mohd Khairul Nizam, pemandu lori, Zaireen Irwan, jurulatih memandu dan Mohd Ferdaus, sub kontraktor, didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Nor yang mengendalikan pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh memandangkan barangan curi yang mereka miliki mempunyai nilai tinggi.

Ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon supaya mahkamah membenarkan mereka dibebaskan dengan ikat jamin yang rendah atas alasan masing-masing mempunyai anak serta berpendapatan kecil.

Tasnim kemudian membenarkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM17,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah selain melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan.
Tags / Kata Kunci: cakera keras

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan