Kiki Akan Dituduh Di Mahkamah Pada Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 8:21 PM

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki.

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis.
 
"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.
Tags / Kata Kunci: Kiki

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan