Pembantu MP Mengaku Tidak Bersalah Seleweng Dana RM19,500

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pembantu khas seorang anggota Parlimen pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap dua pertuduhan menyelewengkan dana berjumlah RM19,500, masing-masing pada 2008 dan 2009.

Abah Ugi, 54, pembantu khas Anggota Parlimen Sri Aman Masir Kujat, dituduh menyelewengkan RM9,500 iaitu wang untuk menaik taraf dan membaiki Rumah Panjang Jeni, sebuah rumah panjang di Pantu, Sri Aman.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Ban Hock, di sini pada 28 Oktober 2008.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh menyelewengkan RM10,000 iaitu wang untuk menaik taraf jalan ke Rumah Panjang Tana, sebuah lagi rumah panjang di Pantu, di sebuah bank di Jalan Bukit Mata di sini pada 15 Mei, 2009.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, sebatan dan denda.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong membenarkan Abah diikat jamin RM10,000 dan menetapkan perbicaraan bermula 27 Ogos ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala tertuduh diwakili peguam Melaka Nisau.

Tags / Kata Kunci: seleweng , dana , Mahkamah Khas Rasuah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan