Bekas Pengurus Syarikat Dituduh Terima Rasuah Hampir RM500,000

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas pengurus jualan sebuah syarikat pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah hampir RM500,000, lima tahun lepas.

R. Ganiah Vinsan , 48, yang beralamat di Pusat Bandar Puchong, Selangor dan kini merupakan ahli perniagaan membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Dia dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan terbabit di Ipoh antara April dan September 2009.

Tertuduh ketika menjadi pengurus jualan UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd didakwa menerima rasuah bagi dirinya iaitu satu cek Public Bank bernombor 035913 bernilai RM175,000 daripada syarikat Popular Construction and Engineering Sdn Bhd yang dibayar atas nama Rameses Communication, milik adik iparnya.

Ia kononnya sebagai upah kerana mencadangkan syarikat Popular Construction and Engineering Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk menjalankan kerja pengubahsuaian di bengkel Dot International Sdn Bhd di No 21 & 23, Jalan DBP 1, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor, di bawah program 'Pennzoil Flagship Workshop'.

Ganiah Vinsan juga dituduh menerima rasuah iaitu satu cek bank yang sama bernombor 035916 bernilai RM71,638.80 daripada syarikat pembinaan yang sama yang dibayar atas nama Rameses Communication.

Ia kononnya sebagai upah mencadangkan syarikat pembinaan itu sebagai kontraktor untuk melakukan kerja pengubahsuaian di bengkel Bonus Concept Sdn Bhd di No 6 & 7, Jalan GJ 2, Taman Gombak Jaya, Kuala Lumpur di bawah program yang sama.

Dia juga didakwa menerima rasuah iaitu dua keping cek bank yang sama masing-masing bernombor 035907 dan 035908 bernilai RM70,990 dan RM175,912.10 daripada syarikat yang sama, kononnya sebagai upah mencadangkan syarikat itu sebagai kontraktor untuk kerja pengubahsuaian di bengkel Triple Synergy Sdn Bhd, No 1, Jalan Pelabur B 23/B. Seksyen 23, Shah Alam bagi program yang sama.

Ganiah Vinsan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Afifah Yusof dan tertuduh diwakili peguam S. Devanathan.

Tags / Kata Kunci: pengurus jualan , rasuah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan