Mahkamah Perintah Bank Negara Fail Pernyataan Pembelaan

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu memerintahkan Bank Negara Malaysia (BNM) memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman yang difailkan 1,065 pelabur emas terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Saman itu difailkan bagi menuntut ganti rugi lebih RM146 juta terhadap Genneva berhubung dakwaan memungkiri kontrak perjanjian jual beli emas.

Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Noor menetapkan sebelum atau pada 23 Julai ini untuk BNM memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya Rabu.

Prosiding hari ini dihadiri peguam James Joshua Paul Raj mewakili kesemua pelabur emas itu dan peguam Muhamad Riduan Baba mewakili BNM.

Joshua ketika ditemui pemberita berkata Norfauzani juga menetapkan 7 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Joshua berkata Bank Negara juga berhasrat untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan namanya selaku defendan kedua dalam kes ini dan mereka akan memfailkan permohonan itu sebelum 7 Ogos ini.

Pada 30 Jun lepas, Murshid Meam Ghouse Musa Meam dan 1,064 lagi selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan Genneva dan BNM selaku defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa telah memasuki tiga jenis perjanjian dengan syarikat Genneva iaitu pembelian produk emas dan mendakwa Genneva tidak memberi produk emas yang dibeli oleh mereka yang melibatkan kerugian dalam bentuk wang berjumlah RM48,816,915.

Dakwa plaintif, mereka juga tidak menerima emas atau nilai emas yang dibeli oleh mereka yang membabitkan kerugian RM81,952,471 dan syarikat emas itu juga tidak membayar harga jualan kepada plaintif berjumlah RM15,255,953.

Justeru, jumlah keseluruhan ganti rugi yang dituntut plaintif ialah RM146,025,339.

Selain itu kesemua plaintif mendakwa Bank Negara mempunyai tugas di bawah undang-undang lazim untuk memulangkan emas dan wang kepada mereka.

Ini kerana menurut kesemua plaintif, Bank Negara telah menjalankan serbuan dan penyitaan ke atas Genneva dan menyita emas, wang, dana dan harta syarikat itu berdasarkan penyiasatan jenayah dan sesetengah emas serta wang yang terhutang kepada plaintif kini dipegang Bank Negara.

Turut dituntut oleh pihak plaintif adalah perintah untuk mengarahkan Bank Negara menyerahkan emas dan wang kepada mereka.
Tags / Kata Kunci: Bank Negara

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan