Dua Rakan Mengaku Bersalah Miliki Senjata Api Dan Peluru Tanpa Lesen

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing terhadap pertuduhan memiliki senjata api serta peluru tanpa lesen dan permit, pada Jun lepas. 

Penoreh getah itu, Mohamad Amin Abdul Rahman, 29, dan Abdul Rahaman Ramli, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Johari Hassan.

Mohamad Amin didakwa memiliki sepucuk senjata api iaitu senapang buatan sendiri jenis 0.22 tanpa kebenaran sah selain memiliki 41 biji peluru jenis 0.22 dan tujuh biji peluru jenis 12 Gauge tanpa lesen dan permit, antara 1.45 tengah hari dan 2.15 petang di belakang rumah di No 54 Kampung Kelebor di sini, pada 18 Jun lepas.

Tertuduh juga didakwa memiliki sepucuk senjata api iaitu senapang patah buatan sendiri dan 23 biji peluru jenis 12 Gauge tanpa lesen dan permit antara 11.30 pagi dan 12 tengah hari di sebuah kebun getah di Kampung Kelebor di sini, pada 25 Jun lepas.

Bagi pertuduhan memiliki senjata api, dia boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan sebatan rotan tidak kurang daripada enam sebatan manakala bagi pertuduhan memiliki peluru, boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
 
Sementara, Abdul Rahaman didakwa memiliki 293 biji peluru jenis 0.22 tanpa lesen dan permit antara 6 petang dan 6.30 petang di belakang sebuah rumah beralamat di Lot 1547, di No 46 Kampung Sementa, Kuala Kenas di sini, pada 25 Jun lepas.

Dia juga didakwa memiliki 139 biji peluru jenis 0.22 serta sebutir peluru jenis SME 9mm tanpa lesen dan permit antara 8 malam dan 9 malam di sebuah kebun getah di Kampung Kelebor di sini, pada 25 Jun lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar tidak membenarkan tertuduh diberi jaminan kerana mengambil kira tertuduh ditangkap kerana memiliki peluru hidup dan kepentingan awam perlu dititikberatkan.

Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin berikutan tiada peruntukan jaminan bagi kesalahanan itu dan menetapkan 25 Julai sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: senjata api

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan