Warga Emas Sebabkan 4 Kematian Di MRR2 Beraya Di Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas terpaksa menyambut Aidilfitri di belakang tirai besi apabila dijatuhi hukuman penjara 48 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana memandu dengan cuai dan menyebabkan empat orang maut dalam nahas di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tahun lepas.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman juga memerintahkan Masrufi Sain, 67, membayar denda RM10,000 atau penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu mula dibicarakan pada Jumaat.

Tertuduh yang juga hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu selama tiga tahun bermula hari ini diarah menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 20 Mei 2013.

Masrufi yang ketika kejadian bekerja sebagai buruh binaan didakwa memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani, 25; dan Nurul Intan Syahida Nordin, 21; sepupu Hasbullah, Tengku Ahmad Faiz Tengku Mohmad, 27; dan Asma Ismail, 22, di MRR2, pukul 5.40 petang, 19 Mei 2013.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 dan lesen memandu boleh digantung.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kereta yang dipandu tertuduh sedang menuruni bukit di Jalan Bukit Antarabangsa untuk masuk ke MRR2 telah mengalami masalah brek sehingga menyebabkan keretanya melanggar pembahagi tengah jalan, lalu masuk ke laluan bertentangan di MRR2 dan melanggar kereta yang dinaiki mangsa.

Sementara itu, ibu kepada arwah Nurul Intan Syahida, Wan Lili Marsila Wan Jaafar, 45, ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes tersebut berkata beliau bersyukur kerana akhirnya kes itu dapat diselesaikan, namun tetap bersedih mengenangkan arwah anaknya.

"Bukan senang untuk saya terima kenyataan bahawa saya telah kehilangan seorang anak dan saya percaya bukan semua ibu dapat menerima kenyataan anak yang selama ini mereka jaga, akhirnya pergi meninggalkan mereka".

"Arwah adalah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan harapan keluarga kerana beliau yang banyak membantu saya," katanya.

Ditanya mengenai persiapan untuk menyambut Aidilfitri, wanita yang berasal dari Terengganu itu hanya berkata: "Kemeriahan raya sudah tiada selepas anak saya meninggalkan saya."

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Purnima manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan