Mahkamah Tetapkan 8 Ogos Tarikh Pengurusan Kes Rayuan Liwat Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 11:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas,Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.

Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya hari ini, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.

Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.
 
Sementara itu, Ram Karpal Singh berkata tarikh yang ditetapkan itu adalah untuk mengisih tiga rayuan berkenaan.

Katanya pihak pembela memaklumkan kepada pendaftar bahawa terdapat isu tertentu yang perlu diselesaikan sebelum tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan.

Sementara itu, Surendran memberitahu media bahawa ada tanda-tanda mahkamah ingin menetapkan rayuan itu didengar pada September.
 
"Tak perlulah tergesa-gesa secara luar biasa untuk mendengar rayuan ini," katanya.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di sini mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. 

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin.
Tags / Kata Kunci: kes liwat Anwar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan