Peniaga Dihukum Gantung Bunuh Pelancong Perancis

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua sahabat hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 17.7 gram dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine kira-kira dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Iswandi Din, 26, dan Ahmad Azizuddin Mohd Radzi, 27, selepas mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

"Kedua-dua tertuduh dalam pembelaan telah menafikan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Saya telah mempertimbangkan keterangan tertuduh...keterangan kedua-dua tertuduh diada-adakan. 

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes dadah ini adalah melampaui keraguan munasabah," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya. 

Beliau berkata pihaknya tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati mandatori kerana hanya itu hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan. 

Kedua-dua tertuduh yang merupakan penganggur dituduh mengedar dadah berbahaya seberat 17.7 gram iaitu 15.1 gram heroin dan 2.6 gram monoacetylmorphine di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan kaunter feri, Jeti Point Kuah, Langkawi pada 7 malam, 3 September 2012. 

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Tags / Kata Kunci: peniaga , hukum gantung sampai mati

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan