Penganggur Dipenjara 20 Hari Curi Beg Tangan

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 9:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beg tangan seorang pelancong wanita dari Korea Selatan membabitkan kerugian kira-kira RM2,000.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Kok Boon dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada Sabtu lepas.

Lim, 46, didakwa mencuri beg tangan jenama Gucci milik Kim Min Joo yang mengandungi pelbagai barangan berharga termasuk tiga keping kad kredit, telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S3 dan wang tunai berjumlah USD100 (RM316.90) di Wei Zhen Gong Guan Yin Temple Jalan Stadium, Dang Wangi di sini pada 12 tengah hari.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia memohon hukuman setimpal dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan memburukkan imej negara kerana ia melibatkan pelancong asing, namun Lim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia tidak bekerja dan tidak mempunyai tempat tinggal.

Di mahkamah sama, seorang juruteknik komputer M.F. John Decroocq, 28, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Thalif Mahaf, 45, dengan menampar dan menumbuk muka mangsa di hadapan pasar raya KK Mart, Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini pada 10.30 pagi pada Sabtu lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM600 dan menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Nithia.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan