Perhimpunan Haram: 15 Penyokong Anti-Lynas Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 3:48 PM

Premis syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebelas penyokong anti-Lynas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram di premis syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Jun lepas manakala empat lagi didakwa melakukan kekerasan dalam perhimpunan itu.

Sebelas tertuduh itu ialah Wong Tack, 55, Raymond Ang, 45, Hew Keuan Yau, 44, Rapar Ahmad, 44, Tan Wang Sheng, 37, Wong Chee Wai, 35, Zamri Zainal, 26, Lee Hai Ming, 37, Tan Chee Hooi, 38, Thomas Wang, 52, dan Chong Kang Yuen, 64.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Empat lagi tertuduh, Foong Poh Choo, 36, Wong Che Wen, 44, Phua Kia Han, 43, dan Ho Kam Huat, 44, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kekerasan pada perhimpunan tersebut dengan merempuh halangan pihak polis.

Ho juga tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dengan cara mencakar dan menyepak mangsa hingga menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka melakukan kesalahan itu antara 4 petang dan 5.30 petang di Jalan Bandaran, Gebeng menghala ke Syarikat Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini, 22 Jun lepas.

Hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin melepaskan kesemua tertuduh dengan ikat jamin RM2,500 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga mengarahkan kesemua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebelum atau pada 5 hari bulan pada setiap bulan sehingga kes tersebut selesai.

Tertuduh juga diarahkan tidak mengulas atau memberi komen kepada pihak ketiga atau pihak yang tidak berkenaan mengenai kes itu bagi mengelak gangguan perjalanan kes tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo, S. Prakash, Mohd Haijan Omar dan Ravin J. Kumar.


Tags / Kata Kunci: Lynas , Wong Tack

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan