Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Angkut Enam Migran

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini Isnin atas tuduhan mengangkut enam orang migran warga Myanmar yang diseludup ke negara ini pada 16 Jun lepas. 

Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Tanah Merah, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 20J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan 12 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu Habibah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Jumlah jaminan itu dipohon Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiah Soupy atas alasan jaminan yang dikenakan itu berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan Che Mohd Azuwan.

Tertuduh membayar wang jaminan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 16 Jun lalu kira-kira pukul 4 pagi di Km134.2 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuala Lumpur, tertuduh mengangkut enam lelaki warga Myanmar iaitu Tan Khan Kim, Kyaw San Mim, Oo Shawe Then, Oo Cha Tun, Maung Pu Shanu dan Kyaw Deih Piang yang diseludup ke negara ini dengan menggunakan sebuah kereta.

Che Mohd Azuwan didakwa memasukkan 10 lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an ke dalam kereta berkenaan dari Rantau Panjang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu tertuduh terbabas menyebabkan empat daripada migran itu maut.

Tertuduh dan enam warga Myanmar yang terselamat, tetapi mengalami cedera ringan, dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) di sini.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Khas (Pati) di sini, Hakim Jamaludin Mat menangguhkan pendakwaan ke atas keenam-enam migran berkenaan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 kepada 7 Ogos berikutan tiada jurubahasa mahkamah.

Tags / Kata Kunci: penganggur , migran , Myanmar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan