Ahmad Zahid Kekal Menangi Kerusi Bagan Datoh

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 6:11 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan kemenangan bagi kerusi Bagan Datoh di Perak apabila Mahkamah Persekutuan di sini Isnin menolak dua rayuan untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen itu.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mempengerusikan panel lima hakim, sebulat suara menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Madhi Hassan dan seorang pemilih berdaftar, Azmi Sulaiman. 

Beliau berkata kedua-dua perayu menyatakan 19 April, 2013, sebagai tarikh Ahmad Zahid didakwa melakukan rasuah sebagai seorang calon pilihan raya.

Bagaimanapun, 19 April adalah tarikh menjelang penamaan calon bagi pilihan raya umum pada 2013 dan Ahmad Zahid masih belum menjadi calon pada tarikh berkenaan, katanya.

Madhi mendakwa Ahmad Zahid terlibat dalam rasuah dengan memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras yang tertera loga BN menerusi seorang bernama R. Supramaniam dan seorang lagi bernama Mustofa Saifudin, pemilih berdaftar di kawasan itu.

Azmi mendakwa Ahmad Zahid telah melantik kira-kira 24,000 pekerja menerusi pembayaran wang tunai di samping memberi beras kepada individu yang bertugas dalam kawasan itu semasa pilihan raya.

Panel Mahkamah Persekutuan turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. 

Hakim Arifin juga memerintahkan Madhi dan Azmi, masing-masing membayar RM25,000 sebagai kos perundangan kepada Ahmad Zahid. 

Pada 19 Februari tahun ini, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen difailkan oleh Mahdi dan Azmi selepas memutuskan mereka tidak mempunyai fakta mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa Ahmad Zahid terlibat dalam amalan rasuah.

Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi untuk mengalahkan Madhi dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas.

Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin; Madhi oleh peguam Edmund Bon dan Azmi oleh peguam New Sin Yew. 

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Bagan Datoh

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan