Padah Cederakan Pekerja Asing, Pengawal Keselamatan Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara enam hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kilang, minggu lepas.


Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Salehuddin Abd Raoh, 25, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, Selasa lepas.

Mohd Salehuddin didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan sebatang besi terhadap Shahrul Nizam Shahimin, 29, di satu alamat di Jalan Taman Sri Sentosa, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dekat sini pada 9 malam, 28 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Sebelum menjatuhi hukuman, Saifulakmal sempat memberi amaran kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam supaya bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah peribadi.

Hukuman penjara enam bulan dikenakan jika gagal mebayar denda.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Salehuddin bersama dua lagi rakannya pergi ke rumah Shahrul Nizam dan memukul mangsa di bahagian kepala dan badan dengan batang besi sehingga mengalami kecederaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping.

Dalam pada itu, seorang pengumpul barang kitar semula dijatuhi hukuman denda RM2,000 kerana memiliki sebilah pisau pemotong kertas di tempat awam.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Rostan Mohamad Airah, 35, selepas dia mengaku bersalah memiliki pisau berukuran 23 cm itu.

Dia melakukan kesalahan itu di belakang sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 3.45 petang, 2 Julai lepas.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan