Mahkamah Rayuan Dengar Rayuan Gereja 1 Okt

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 6:42 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan 1 Okt bagi mendengar rayuan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan gereja itu mendapatkan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri berhubung rampasan buku Kristian mengandungi kalimah Allah.

Timbalan Pendaftar Nurul Izwan Ahmad Zubir menetapkan tarikh pendengaran itu apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan beliau dalam kamar pada Khamis.

Peguam Bobby Chew mewakili gereja SIB dan Rev Jerry W. A. Dusing alias Jerry W. Patel manakala Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan diwakili peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan.

Pada 5 Mei tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan gereja itu mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri merampas buku-buku berkenaan.

Buku terbabit yang dibawa dari Surabaya, Indonesia dirampas di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Bagaimanapun, buku-buku itu dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Jan, 2008.

Pada 10 Dis, 2007, SIB dan Dusing memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.

Semasa menolak permohonan gereja itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kementerian Dalam Negeri lawan gereja Roman Katolik berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya Herald.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan