Perunding Bergelar Datuk Didakwa Palsukan Dokumen Tanah

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang perunding bergelar 'Datuk' pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menggunakan dua dokumen palsu dalam urusan jual beli tanah di kawasan Dengkil, Sepang, pada Mac lepas.

Ariffin Ab Hamid, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim G.Ramesh.

Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang bekas juruukur Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Mohamad Yaacob Markom, 55, menggunakan dua dokumen palsu sebagai cagaran berharga iaitu surat kuasa wakil dan perjanjian jual beli antara Prestasi Tulin Sdn Bhd dan Sunshine Haven Sdn Bhd dengan tujuan memindahkan hak milik hartanah terbabit kepada Sunshine Haven.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di pejabat Tetuan Abdul Aziz & Associates beralamat di No: 68A, Jalan Nova U5/N, Nova Business Centre, Subang Bestari di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi pada 7 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan, Ariffin boleh dihukum mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Di mahkamah sama pada 11 Jun lepas, Mohamad Yaacob turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Ariffin berikutan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam Khadzar Yusof yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah jaminan yang berpatutan atas alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan.

"Tertuduh juga telah menyerah diri sukarela di Balai Polis Sepang hari ini bila dipanggil oleh pegawai penyiasat. Anak guam saya tidak bercadang untuk melarikan diri dan tambahan pula seorang lagi tertuduh (Mohamad Yaacob) telah dibenarkan diikat jamin sebelum ini," katanya.

Hakim Ramesh kemudian membenarkan Ariffin dibebaskan dengan jaminan RM13,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Seksyen 15 di sini pada hari Ahad ketiga setiap bulan sehingga kes selesai.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan