Kes Saman Fitnah Terhadap Musa Sheikh Fadzir Selesai

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 5:50 PM

Datuk Abdul Halim Hussain (kiri) bersalaman dengan Datuk Musa Sheikh Fadzir semasa mereka hadiri ke Mahkamah Tinggi pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Saman fitnah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain terhadap Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Persetujuan penyelesaian itu direkod Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Balan semasa kes itu disebut di depan beliau.

Terdahulu, peguam Datuk Abu Bakar As-Sidek yang mewakili Musa memaklumkan mahkamah anak guamnya tidak mempunyai niat untuk memfitnah Abdul Halim apabila ditanya pemberita berhubung penglibatan plaintif dalam projek Taman Tema Escape di Teluk Bahang semasa sidang akhbar pada 27 September 2012.

Beliau berkata Musa juga menerima penjelasan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa Abdul Halim tidak pernah terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam projek itu dan syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan, Sim Leisure Consultants Sdn Bhd.

"Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, kedua-dua pihak percaya penyelesaian secara baik dalam kes ini akan memberi manfaat kepada mereka," katanya.

Tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.

Penyataan tuntutan saman yang difail Abdul Halim pada 1 November 2012 mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan Musa berhubung projek itu yang boleh memburukkan kredibiliti serta imejnya sebagai speaker.

Antara lain, beliau menuntut ganti rugi bagi fitnah secara lisan, ganti rugi bagi fitnah bertulis, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohan injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan kenyataan itu sama ada secara lisan atau bertulis.

Abdul Halim diwakili peguam M. Kanesan.

Sementara itu, Abdul Halim ketika ditemui pemberita berkata beliau gembira kes berkenaan selesai.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan