Polis Dibenar Gantung Perintah Bantu Mualaf - Mahkamah Tinggi Syariah

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 2:36 PM

Izwan ketika mahkamah memutuskan hak penjagaan anaknya diserahkan kepada bekas isteri pada April lalu.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menggantung perintah terdahulu yang mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi bantuan sewajarnya kepada mualaf, Izwan Abdullah untuk mengesan dan mendapatkan semula anaknya.


Mahkamah sama juga membenarkan permohonan Khalid untuk menjadi pencelah dalam prosiding hak penjagaan anak pasangan Izwan atau sebelum ini dikenali sebagai N Viran, 31 dan bekas isteri, S. Deepa, 30.

Hakim Syarie, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin membuat keputusan itu dalam kamar pada Isnin selepas mendengar permohonan yang difailkan Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais yang dilantik mewakili Khalid.

Khamis lalu, Khalid memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah dalam prosiding hak penjagaan anak Izwan yang sebelum ini kenali sebagai N Viran, 31 dan Deepa, 30.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 7 Oktober lalu memerintahkan bahawa polis perlu memberi bantuan sewajarnya kepada Izwan untuk mengesan dan mendapatkan kedua anaknya, Nur Nabila Izwan @ V. Sharmila dan Muhammad Nabil Izwan @ V.Mithran yang masing-masing berusia lapan dan lima tahun.

Peguam Negara juga pada 26 Jun mengemukakan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Seremban di mana pada April lalu menyerahkan hak penjagaan kedua kanak-kanak berkenaan kepada Deepa.

Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong berkata, perintah itu bagi membolehkan Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada mengikut kuasa sivil dan Syariah kes hak penjagaan di mana seorang daripada ibu bapa kanak-kanak itu memeluk Islam.



iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan