Edar Dadah: Pemandu Peribadi Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi terlepas daripada hukuman tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 894 gram, dua tahun lepas.


Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu terhadap Shahizan Shalahuddin, 33, selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Shahizan didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Manan Nordin, Kampung Baru di sini pada 11.15 malam, 21 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tujuh saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hashim dan Nurul Aimi Aziz.


Tags / Kata Kunci: pemandu peribadi , kanabis , Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan