Salah Guna Kuasa: Bekas Pengarah JKR Kena Setahun Penjara, Denda RM1.15 juta

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 2:17 PM

Abd Rahim ketika dihadapkan ke mahkamah pada 2013.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Datuk Abd Rahim Ahmad, dihukum penjara setahun dan denda RM1.154 juta kerana didapati bersalah menyalah gunakan kuasa, dua tahun lalu.


Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 58 tahun yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR Putrajaya.

Tertuduh berhadapan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan dalam tempoh sebulan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Muhammad Jamil Hussin selepas meneliti hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kesalahan itu dilakukan ketika mengendalikan projek Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral di Bukit Chagar apabila abangnya memperoleh projek penyelenggaraan penyaman udara.

Abd Rahim didakwa meminta Pengarah Operasi Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd, Saipolyazan M. Yusop untuk melantik YBA Technology Sdn Bhd, syarikat milik abangnya untuk menjalankan kerja bernilai RM196,000 bagi membekal, memasang, memeriksa dan menyediakan injap khusus untuk sistem air panas dan sejuk bernilai RM34,800 pada bangunan itu.

Tertuduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 1.30 petang di Bangunan Sultan Iskandar pada 5 Januari 2011.


Tags / Kata Kunci: JKR , CIQ , Datuk Abd Rahim Ahmad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan