Indira Gandhi Buat Permohonan Mahkamah Memaksa KPN Tangkap Bekas Suaminya

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 4:22 PM

Mohd Rizduan Abdullah bersama anak perempuannya, Prasana Diksa.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Guru tadika M. Indira Gandhi membuat permohonan di Mahkamah Tinggi di sini memaksa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap bekas suaminya, yang merupakan seorang mualaf dan mencari anak bongsunya.

Indira Gandhi memfailkan permohonan terhadap pemimpin tertinggi polis di negara ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 2 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indira Gandhi meminta satu perintah mandamus untuk memaksa Khalid untuk mengenakan waran tangkap terhadap Mohd Rizduan Abdullah.

Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan Mohd Ridzuan ditangkap selepas dia berulang kali gagal mengembalikan anak perempuannya, Prasana Diksa kepada bekas isterinya.

Pada April 2009, Mohd Ridzuan dilaporkan telah mengambil Prasana Diksa dan menukar agama anaknya itu dan adik-beradiknya, Tevi Darsiny dan Karan Dinish kepada Islam kononnya tanpa pengetahuan Indira Gandhi.

Mohd Ridzuan, sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, juga telah berjaya mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga kanak-kanak daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Tinggi di sini kemudian memberikan Indira Gandhi penjagaan anak-anak dan pada Mac 2010 memerintahkan Mohd Ridzuan untuk mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya.
Tags / Kata Kunci: Indira Gandhi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan