Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Miliki VCD Lucah

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki pada Jumaat didenda RM10,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah memiliki 43 keping video cakera padat (VCD) lucah.

Wilson Cheong Wee Son, 28, turut dituduh memiliki 152 keping VCD berbahasa Inggeris serta 70 keping VCD berbahasa Cina yang tidak mempunyai sijil 'B'.

Bagi tuduhan memiliki 43 keping VCD lucah berbahasa Cina, Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Cheong membayar denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda, dia dihukum penjara lima bulan.

Majistret Zuraini turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM5,000 terhadap Cheong selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kedua kerana memiliki VCD tanpa sijil kelulusan Badan Penapisan Filem.

Cheong yang kini bekerja sebagai penjual jam tangan, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di hadapan flat Cheras Ria, Jalan Ketumbar Height, Cheras, di sini pada 21 Mei 2008, jam 8.30 malam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Lucah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan