Perhimpunan Haram: 10 Disabitkan Kesalahan, 3 Dibebaskan

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Mahkamah Tinggi Taiping pada Khamis mengekalkan sabitan terhadap 10 daripada 13 individu yang didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram di kawasan Jalan Istana, Bukit Chandan di sini, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin dalam penghakimannya bagaimanapun membatalkan hukuman penjara dua tahun dan mengekalkan denda RM5,000 terhadap 10 individu berkenaan.

Mereka ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 40; dan Mohamed Ismail S.M. Abdul Kadir, 48.

"Mahkamah berpendapat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar adalah keterlaluan dan tidak wajar," katanya.

Ahmad Nasfy membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan pihak pembelaan bagi mengetepikan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 terhadap 13 individu berkenaan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 13 Sept tahun lepas.

Kesemua 13 individu berkenaan didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada prosiding tersebut tiga lagi individu yang terlibat dalam perhimpunan haram pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak itu, dilepaskan dan dibebaskan.

Mereka ialah Idris Mohd Thaib, 49; Yusoff Jaafar, 49; dan Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 39.

Beliau berkata ketiga-tiga individu itu dibebas dan dilepaskan setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie manakala pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

"Bagi yang tinggal (10 individu), saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, maka mereka didapati bersalah dan pihak peguam diminta membuat rayuan atas hukuman," katanya.

Terdahulu, peguam Aminuddin Zulkipli yang mengetuai pasukan empat peguam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan denda dan mengetepikan hukuman penjara terhadap 10 tertuduh yang disabitkan kesalahan menyertai perhimpunan haram itu.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengekalkan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya umum ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan