Hina Islam: Kassim Ahmad Fail Saman Cabar Keputusan Pendakwa

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad pada Khamis memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Kassim, 81, yang hadir di mahkamah bersama-sama peguamnya Abdullah Khubayb Awaluddin, memfailkan permohonan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Beliau menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonannya, beliau antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Beliau memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.

Kassim juga memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai-pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.

Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan kepadanya.

Kassim juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan pencerobohan pegawai JAWI dan pendakwaan terhadapnya adalah ultra vires dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah.

Beliau memohon suatu deklarasi bahawa kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.

Sementara itu Abdullah Khubayb memberitahu pemberita bahawa pihaknya juga memfailkan permohonan itu bersama-sama sijil perakuan supaya kes itu didengar segera. Bagaimanapun katanya tiada tarikh ditetapkan mahkamah setakat ini.

Pada 27 Mac lepas, Kassim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Kes itu akan dijadual disebut semula pada 17 Julai.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya, pada 15 dan 16 Feb lepas.

Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.

Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan