Isteri Suspek Rogol Serang, Bogelkan Mangsa

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 3:20 PM

Tertuduh didakwa mencederakan remaja perempuan yang dirogol suaminya.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suaminya merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di hadapan anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

Wanita itu bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung insiden itu, sebaliknya menampar mangsa.

Malah wanita itu turut membogelkan dan mencucuh mangsa menggunakan puntung rokok dibahagian bahu dan telinganya.

Wanita tersebut memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa dia mencederakan mangsa kerana marah dengan remaja itu yang didakwa melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Mahkamah bagaimanapun, tidak menerima alasan tersebut dan tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,000.

Tertuduh, Emok Sulok, 42, memilih untuk menjalani hukuman penjara selepas tidak mampu membayar denda.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana dia terpaksa menjaga anak-anaknya dan pada hari dia dijatuhi hukuman, suspek baru saja kembali dari hospital untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah tinggi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana melakukan serangan.

Mengikut fakta kes, kira-kira pukul 8 pagi pada 19 Jun lalu, insiden yang berlaku di kuarters kilang arang di Engkilo, kira-kira satu jam dari sini, tertuduh bertindak memanggil mangsa selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

Jiran tertuduh kemudiannya bertanya mengapa dia menggunting dan mencukur rambut mangsa.

Tertuduh kemudiannya menjawab dia marah kerana mangsa melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut meminta mangsa untuk menanggalkan pakaiannya tetapi mangsa enggan mengikut kehendak tersebut.

Tertuduh bertindak membogelkan mangsa secara paksa. Malah tertuduh turut mengarahkan mangsa untuk berdiri dalam keadaan bogel dibawah matahari.

Masih tidak berpuas hati, tertuduh menampar mangsa dan mencucuh bahu kiri dan telinganya dengan puntung rokok.

Polis menahan tertuduh dan suaminya, 51, kira-kira pukul 12.50 tengah hari pada 20 Jun di tapak pembinaan di Jalan Wawasan.

Pada 18 Jun lalu, mangsa didakwa dirogol dirumah tertuduh kira-kira pukul 6 petang. Mangsa tidak bertindak balas kerana bimbang dengan keselamatannya.


Tags / Kata Kunci: rogol , serang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan