Kami Tak pernah Kata Bahan Letupan C4 Diguna Untuk Bunuh Altantuya - Pendakwa

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu tidak pernah dalam kes pendakwaan mengatakan bahawa bahan letupan C4 digunakan untuk pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah pihak pendakwaan tidak pernah mengatakan bahan-bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan C4.

"Kami tidak pernah berkata bahan letupan itu adalah C4. Tetapi mereka ini sejak hari pertama berkata ia adalah C4.

"Kami tidak tahu bagaimana Mahkamah Rayuan boleh menyatakan ia adalah bahan letupan C4," katanya pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya. 

Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.

Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.

Pihak pendakwa (Tun Majid) berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf berhubung fakta itu kerana gagal memanggil pakar bahan letupan C4 apabila saksi pendakwaan (bekas Timbalan Komander UTK Bukit Aman DSP Mastor Mohd Ariff) memberi keterangan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi bahawa UTK tidak menggunakan bahan letupan C4.

Beliau berhujah Mahkamah Rayuan sekali lagi terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa tiada bukti Azilah mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan letupan itu pada sebarang masa sebelum dia ditangkap tanpa mengaitkan keterangan Mastor bahawa Azilah dan Sirul Azhar mempunyai peluang mencukupi untuk memiliki bahan letupan yang tidak digunakan semasa latihan.

Tun Majid juga berhujah DSP Musa Safri, yang merupakan pengiring timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu (sekarang perdana menteri), tidak dipanggil sebagai saksi kerana peranannya hanya semata-mata memperkenalkan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda kepada anggota polis untuk menjaga keselamatan rumah beliau.

Beliau berkata pihak pendakwa juga menawarkan Musa sebagai saksi pembelaan tetapi tidak diterima, sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam memutuskan isu pihak pendakwaan tidak memanggil Musa sebagai saksi pada peringkat perbicaraan.

Sementara itu, peguam Azilah J. Kuldeep Kumar berhujah diari Balai Polis Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di ibu pejabat polis semasa pembunuhan Altantuya.

"Diari ini jelas menimbulkan keraguan yang munasabah kerana ia adalah bukti yang menyokong alibi Azilah bahawa dia berada di (ibu pejabat polis) Bukit Aman dan bukan di tempat kejadian," katanya dan menambah Mahkamah Rayuan adalah betul untuk mencelah dan menerima diari balai itu sebagai bukti.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa diari balai itu tidak boleh diterima sebagai bukti.

Sementara itu, peguam Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin berhujah bahawa adalah tidak selamat untuk menerima masuk sebagai bukti berhubung dakwaan penemuan barang kemas Altantuya di rumah anak guamnya.

Beliau berkata pihak pendakwa telah mengetepikan hakikat tentang wujudnya satu lagi set kunci rumah Sirul Azhar.

Beliau berkata Sirul Azhar tidak mengetuai polis ke rumahnya untuk menunjukkan barang kemas itu, dan menambah Sirul Azhar diminta tunggu di luar rumah dan dia hanya dipanggil untuk masuk ke rumahnya selepas pihak polis menemui barang kemas tersebut.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya, 28. 

Mereka didakwa membunuh wanita itu di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Abdul Razak, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Perbicaraan di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, bersambung esok.
Tags / Kata Kunci: Altantuya , C4

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Kolumnis

iklan

Iklan