Perogol Kanak-Kanak Dipenjara 3 Hari, Denda RM10,000 Rasuah Bapa Mangsa

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 5:58 PM

Riduan Masmud dibawa keluar dari mahkamah pada Februari lalu , selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan dengan rotan selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam, Sabah.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap perogol kanak-kanak yang telah disabitkan selepas lelaki itu mengaku salah memberi sogokan kepada bapa kanak-kanak perempuan itu supaya menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Hakim Ishak Bakri turut mengenakan hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas lelaki berumur 41 tahun itu mengaku bersalah pada 4 Jun lepas. 

Riduan Masmud mengaku menyogok bapa mangsa sebanyak RM10,000 dalam tiga pertemuan di Jalan Tuaran Bypass dekat sini pada 18 April tahun lepas.

Pada 3 Februari, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan dengan rotan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad selepas didapati bersalah merogol gadis itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Februari tahun lepas.


Menurut pihak pendakwa raya, Riduan menawarkan wang kepada bapa mangsa untuk membolehkannya mengahwini budak perempuan itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun, dan sebagai dorongan kepada mangsa untuk menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Riduan diwakili peguam Ram Singh manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais. 

Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan budak perempuan itu.
Dia sedang menunggu rayuannya didengar bagi sabitan merogol itu.
Tags / Kata Kunci: Riduan Masmud , perogol

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan