Pelancong Vietnam Menangis Dipenjara Curi Pakaian

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelancong wanita warga Vietnam menangis teresak-esak selepas Mahkamah Majistret pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya kerana mencuri pakaian di sebuah pusat beli-belah.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu selepas To Thi Kim Thoa, 23, mengaku bersalah dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula pada tarikh tangkap iaitu 11 Jun.

Wanita itu didakwa mencuri sehelai baju dan dua helai seluar bernilai RM475 di sebuah kedai di Bangsar Village di sini pada 5.40 petang hari berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
To hanya diam membisu di kandang tertuduh ketika mahkamah mengarahkannya membuat rayuan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kes berasingan, seorang tukang jubin dipenjara tujuh hari selepas mengaku bersalah mencederakan rakannya menggunakan sebatang kayu tiga hari lepas.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Kian Chet, 38, (he) dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Jun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Ong Chuan Wan, 57, di tepi Jalan Jinjang Aman di sini pada 12.45 tengah hari, 20 Jun.

Terdahulu, Lim yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menjalani pembedahan untuk memotong kaki kanannya.

Mengikut fakta kes, Lim bertindak memukul bahagian kepala dan tangan kiri mangsa sehingga luka menggunakan sebatang kayu selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM20 yang dimintanya daripada mangsa. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri.

Dalam pada itu, seorang lelaki, Ariff Zakaria, 21, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Primang Abdul Wahid, 31, di Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia di sini pada 3 petang, 28 Mac lepas.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tags / Kata Kunci: curi pakaian , pelancong Vietnam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan