Pengerusi NFCorp, 3 Anak Dilantik Sebagai Pengarah Beberapa Syarikat Sejak 2006

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 6:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin diberitahu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya dilantik sebagai pengarah dalam beberapa syarikat sejak 2006.

Penolong Pendaftar Syarikat Roslizawati Nur Wahida Abd Ahmad, 36, berkata Mohamad Salleh dan anak lelakinya, Wan Shahinur Izran, 30, dilantik sebagai pengarah Syarikat Macronial Technology Sdn Bhd selepas pengarah pertama syarikat itu Sumami Kiman dan Saharuddin Abdullah meletakkan jawatan pada 28 Ogos 2006.

Roslizawati yang bertugas di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata maklumat itu diperoleh melalui "Borang 49" yang merupakan satu penyata mengandungi maklumat pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat, yang boleh diaksesnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama Pegawai Pendakwa dari SSM Mohamad Azies Han Mohd Fadzil pada hari pertama perbicaraan Mohamad Salleh, yang didakwa terhadap dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.

Mohamad Salleh didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang sebanyak RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat itu yang beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Roslizawati yang juga saksi pendakwaan pertama itu berkata anak perempuan Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah, 24, pula dilantik sebagai pengarah Syarikat Real Food Company Sdn Bhd pada 20 Mei 2009.

"Pada 6 Januari 2010, pengarah Syarikat Real Food Company adalah Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah, Wan Shahinur Izran dan pelantikan baharu, Wan Shahinur Izmir," katanya.

Roslizawati berkata Wan Shaninur Izran dan Wan Shahizur Izmer juga dilantik sebagai pengarah Syarikat Bizvance Sdn Bhd pada 21 Ogos 2006 selepas pengarahnya Sumami dan Saharuddin meletakkan jawatan pada tarikh sama.

Bagaimanapun, pada 23 April 2008 Wan Shahinur Izmir meletakkan jawatan sebagai pengarah Syarikat Bizvanve dan jawatan itu diganti dengan Mohamad Salleh. 

Ketika prosiding perbicaraan itu disambung pada sebelah petang, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan kerana pihaknya menerima satu surat daripada Mahkamah Tinggi yang mengawalkan tarikh pengurusan kes bagi rayuan membatalkan pertuduhan kes itu pada 26 Jun ini.

"Semasa pengurusan kes nanti, pihak pendakwaan akan memohon supaya rayuan ini didengar dalam masa terdekat seboleh-bolehnya pada awal Julai.

"Kalau ia (keputusan) berpihak kepada kami, perbicaraan yang ditetapkan pada bulan Julai akan diteruskan dan saya mohon perbicaraan hari ini, esok dan lusa (Rabu) dilapangkan," katanya.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan permohonan itu dan menetapkan 16 Julai untuk sambung perbicaraan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan