Kes Altantuya: Azilah Bawa Polis Ke Tempat Kejadian, Mahkamah Diberitahu

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 11:14 PM

Barisan peguam yang mewakili dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar berhubung rayuan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Persekutuan di Istana Keadilan di Putrajaya, Isnin.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Cif Inspektor Azilah Hadri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, adalah individu yang membawa polis ke tempat kejadian di dalam hutan di Puncak Alam, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Isnin. 

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata Azilah juga yang membawa kepada penemuan tulang si mati sebelum Koperal Sirul Azhar Umar tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis lain.

"Polis hanya mengetahui lokasi secara umum dan bukan lokasi khusus tempat kejadian.

"Adalah mustahil bagi polis untuk mengesan kawasan itu yang terletak di atas bukit di dalam hutan, lokasinya tidak mudah dikesan, melainkan mereka mempunyai maklumat," hujah Tun Abdul Majid pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan kedua-dua anggota polis berkenaan.

Tun Abdul Majid juga berkata berdasarkan keterangan anggota polis semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi itu berkata sebaik tiba di hutan, Azilah memberitahunya lokasi kejadian itu dan menceritakan bagaimana Altantuya ditembak dan bahan letupan digunakan terhadapnya. 

"Di tempat kejadian pihak polis menemui tulang manusia yang kemudiannya terbukti milik si mati," hujah Tun Abdul Majid di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009. 

Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.

Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, "oleh itu, mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian".

Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Jan tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Tags / Kata Kunci: Altantuya , Azilah Hadri

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan