Empat Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Aktiviti Pengganas

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 4:46 PM

Kelihatan beberapa anggota Cawangan Khas Anti Keganasan Bukit Aman mengiringi Mohd Hafiz Zahri Suparyatnoh, 28, (berkopiah putih) di Mahkamah Majistret Taiping, 23 Mei lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dan seorang suri rumah pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan terbabit aktiviti pengganas.

Mohammad Hafiz Zahri Suparyatnoh, Muhammad Armie Fatihah Mohd Hashim dan Mohd Khairil Mi, masing-masing tidak bekerja dan suri rumah, Azizah Md Yusof membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula secara berasingan di hadapan Hakim Kamardin Hashim.

Sebelum ini, Azizah, 54, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Mohammad Hafiz Zahri dan Muhammad Armie Fatihah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping, Perak manakala Mohd Khairil didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan.

Azizah didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook 'Wan Jah' dengan niat untuk memajukan suatu ideologi bagi mengugut orang awam di Syria.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 2 petang, 24 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua, ibu kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan serupa melalui akaun Facebook 'Azizah Yusof' di tempat, tarikh dan waktu sama.

Mohammad Hafiz Zahri, 28, didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas yang dikenali sebagai 'The Islamic State Of Iraq and Syam (ISIS)' dengan mewujudkan WhatsApp group 'Daulah Islamiyyah Malizia'.
Muhammad Armie Fatihah, 22, pula didakwa menggalakkan perlakuan dan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.

Mohammad Hafiz Zahri dan Muhammad Armie Fatihah didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Air Jernih, Ijok, Taiping antara 10 pagi, 4 April dan 12.30 tengah hari, 6 April lepas.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Mohd Khairil, 27, berdepan tiga pertuduhan menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria yang dilakukan di tiga tempat berasingan. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah inap desa di No. 34, Jalan 1/12, Taman Intan Perdana, Port Dickson antara 10 malam, 1 November dan 3 petang, 3 November 2013 manakala pertuduhan kedua dilakukan di Gunung Arang Para, Kampung Nyior, Kuala Kangsar antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari, pada 25 Disember hingga 27 Disember 2013.

Pertuduhan ketiga pula dilakukan di Kampung Air Jernih, Ijok, Taiping pada 10 pagi hingga 12.30 tengah hari 4 April dan 6 April 2014.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(a) dan 130G(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 30 tahun dan denda.
Kamardin tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Ogos untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad, Afzainizam Abdul Aziz dan Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Azizah diwakili peguam Suzalena Salleh, Muhammad Armie Fatihah diwakili peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Khairil diwakili peguam Collin Arvind Andrew manakala peguam yang mewakili Mohammad Hafiz Zahri tidak hadir.

Tags / Kata Kunci: pengganas , Wan Jah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan