Amuk di JPM: Muhdalena Terlepas Hukuman

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 1:55 PM

Muhdalena Ahmad diringi anggota polis dan peguamnya ketika meninggalkan perkarangan mahkamah setelah Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini melepaskannya daripada empat pertuduhan berhubung kejadian amuk di Kompleks B, JPM pada Julai 2012. -fotoBERNAM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan Muhdalena Ahmad daripada empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), dua tahun lepas kerana tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian itu.

Hakim Mohamed Kamil Nizam bagaimanapun memerintahkan agar Muhdalena, 30, ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor untuk menerima rawatan psikiatri sementara mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah. 

Beliau meminta Pendaftar Mahkamah untuk melaporkan kes itu kepada Urus Setia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam keputusannya, Mohamed Kamil berkata selepas mendengar keterangan saksi dan berdasarkan nas undang-undang, beliau berpendapat pada imbangan kebarangkalian, semasa kejadian tertuduh mengalami kemurungan psikotik akibat daripada perkongsian khayalan yang menyebabkan dia tidak tahu tindakannya itu menyalahi undang-undang.
 
"Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa pihak pembelaan berjaya membuktikan pembelaan ketidaksempurnaan akal mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan pada imbangan kebarangkalian," katanya.

Mohamed Kamil juga berkata tertuduh semasa memberi keterangan tidak menafikan kesemua pertuduhan semasa dia dipanggil untuk membela diri malahan mengaku dia berada di tempat kejadian.

Katanya semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, tertuduh juga mengaku memegang parang di tempat kejadian.

Beliau berkata kegagalan pembelaan membawa keterangan untuk menafikan pertuduhan serta dengan wujudnya keterangan pengakuan oleh tertuduh, membuktikan tertuduh melakukan perbuatan seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan pertama sehingga keempat.
 
"Bagaimanapun oleh sebab ketidaksempurnaan akal tertuduh, mahkamah melepaskan tertuduh di bawah Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah," katanya.

Beliau berkata keterangan pakar psikiatri yang memeriksa tahap mental tertuduh juga menyatakan bahawa tertuduh tidak sedar bahawa perbuatannya adalah salah di sisi undang-undang.

Mohamed Kamil berkata selepas mendengar keterangan pakar itu dan laporan psikiatri, mahkamah berpuas hati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal dan tidak berupaya untuk mengetahui sebab dan akibat perbuatannya.

Sementara itu peguam M. Visvanathan yang mewakili Muhdalena ibu kepada dua anak berumur empat dan tiga tahun itu berkata anak guamnya akan dihantar ke Hospital Permai hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh ketika ditanya sama ada pendakwaan akan merayu terhadap keputusan itu berkata pihaknya mempunyai 14 hari untuk menfailkan notis rayuan.
Tags / Kata Kunci: Muhdalena , amuk , JPM

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan