Bekas Kekasih Didenda RM500 Akibat Bergaduh Di Tempat Awam

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:"Saya mahu kamu hentikan pergaduhan ini. Walau apapun alasannya jangan pula kamu sambung bergaduh di luar mahkamah nanti, jika tidak kamu boleh dihukum lebih berat lagi," nasihat seorang Majistret kepada bekas pasangan kekasih sebelum menjatuhkan hukuman terhadap mereka.


Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM500 masing-masing terhadap Mohd Chairil Anuar Mahmud, 30, dan Rosnita Abdul Rahman, 36, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan bergaduh.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Mohd Chairil Anuar dan Rosnita didakwa bergaduh di tempat awam dengan menggunakan tangan sesama sendiri dengan tujuan mengganggu ketenteraman awam berhampiran Hotel Leo & Phonix di Jalan Sungai Besi, di sini pada 3.40 pagi 7 Jun lepas.

Terdahulu, ketika rayuan Mohd Chairil Anuar memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia mempunyai tanggungan isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

Sementara Rosnita dalam rayuannya memohon hukuman diringankan kerana mendakwa dia hanya ingin mempertahankan diri ketika kejadian berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya Nithia Sivasamy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa dalam apa jua masalah.


Tags / Kata Kunci: kekasih , bergaduh , Jalan Sungai Besi

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan