Denda RM1.8 Juta Kerana Rasuah, Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang bekas pemeriksa penyelenggaraan loji kimia hari ini dijatuhi hukuman denda lebih RM1.8 juta dan penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan rasuah dan 13 tuduhan pengubahan wang haram antara tahun 2006 hingga 2010.

Hakim Ahmad Sazali Omar turut mengarahkan hukuman penjara ke atas T Gauthaman, 45, berjalan serentak, menjadikan tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun.

Tertuduh boleh dipenjara lebih tujuh tahun lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Ahmad Sazali turut membenarkan permohonan Gauthaman untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah juga menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM100,000 kepada RM130,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Pada 28 Mei lepas, Ahmad Sazali menyabitkan Gauthaman atas lapan tuduhan rasuah dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah.

Tertuduh didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM341,922 daripada Ghang Min Goo sebagai upah bagi membantu Syarikat Soo Min Inc mendapatkan tawaran kerja membekal dan membaiki peralatan di BP Chemical (M) Sdn Bhd.

Gauthaman juga disabitkan atas tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan menggunakan wang hasil aktiviti haram untuk membayar deposit membeli sebuah kereta dan polisi insurans hayat.

Tertuduh melakukan semua kesalahan itu di Maybank dan HSBC Jalan Hang Tuah di sini dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad cawangan Melaka di Plaza Mahkota antara 3 Feb 2006 dan 6 Mei 2010.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan