Deposit Secara Haram: Pengarah Urusan & Isteri Dipenjara

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 9:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang pengarah urusan manakala isterinya dihukum penjara empat tahun kerana mengambil deposit daripada orang ramai secara haram antara 2006 dan 2007. 

Syarikat milik mereka, Jai Network System Sdn Bhd, pula didenda RM3 juta bagi kesalahan sama.

Hakim Noradida Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Datuk Jailani Jabar, 48, dan Datin Latifah Taib, 47, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
 
"Hukuman itu dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh atas dasar menjaga kepentingan orang awam melebihi kepentingan peribadi, serta mengelak ia menjadi lebih serius jika tidak dibendung," katanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
 
Pasangan itu turut berdepan pertuduhan mengikut Subsesyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 membabitkan hampir RM170 juta bagi tempoh yang sama.

Bagi kesalahan ini, Jailani dihukum penjara empat tahun manakala isterinya dua tahun serta denda RM50 juta.

Noradida memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak mulai hari ini.

Terdahulu, peguam Mohd Firuz Jaffril meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas mereka kerana Jailani perlu menanggung 19 orang anak yang berumur lingkungan tujuh bulan hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia Fahmi Abd Moin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar menjadi tauladan kepada orang ramai kerana kes itu membabitkan kesalahan yang serius.

Turut mewakili pendakwaan ialah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman dan Pegawai Pendakwa Mohd Shukri Ahmad Mansor.


Tags / Kata Kunci: deposit wang haram

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan