Buruh Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Edar Ganja

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi pada Jumaat memerintahkan seorang buruh membela diri atas tuduhan mengedar ganja seberat 4.5 kilogram dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Yazid Mohd Sheriff yang berusia 37 tahun.

Dia didakwa mengedar 4,550 gram ganja di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor di Seberang Prai Utara pada 9 malam, 18 November 2012.

Zamani menetapkan 17 Julai ini untuk tertuduh memberi keterangan bela diri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar manakala Mohd Yazid diwakili peguam Ku Abdul Rahman Ku Ismail.
Tags / Kata Kunci: buruh , bela diri , edar ganja

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan