Kes Bunuh Pengasas Ambank: Imej Wajah Lelaki Di CCTV Adalah Tertuduh

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 8:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa imej wajah lelaki yang berlari di tempat letak kereta di kawasan tokong, tempat pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dibunuh, adalah muka tertuduh.

Pegawai Operasi dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Tay Chew Thwa, 38, memberitahu mahkamah imej wajah lelaki itu dilihat selepas beliau meneliti rakaman daripada enam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan depan tokong berkenaan, pada hari kejadian.

"Selepas mangsa (Hussain) jatuh, saya ada tengok muka lelaki itu (melalui CCTV) tetapi tidak jelas, namun saya pasti dia adalah tertuduh.

"Pakaiannya sama dengan lelaki yang mundar-mandir di kawasan tokong berkenaan, memakai kemeja lengan panjang berpetak, memakai kaca mata dan bertopi," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Koong Swee Kwan, 45, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Kuan Yin di No.4 Lorong Ceylon, di sini pada 29 Julai, 2013.

Koong juga didakwa cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, di tempat dan pada waktu sama.

Terdahulu, Tay yang bertugas di Bahagian Siasatan Khas D9, memaklumkan mahkamah bahawa melalui rakaman CCTV, beliau melihat seorang lelaki mundar-mandir di kawasan tempat letak kereta berkenaan dan tidak mengenalinya, sehingga tangkapan dibuat.

Tay yang merupakan saksi ke-10 pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau berjaya menangkap Koong di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak pada 1 pagi 23 September lepas, selepas berlaku pergelutan.

"Saya dan pasukan telah mengepung rumah tersebut dengan memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta penghuni membuka pintu, tetapi tiada tanda-tanda pintu rumah akan dibuka.

"Kami kemudian memecahkan pintu tersebut dan nampak seorang lelaki Cina di ruang tamu berlari masuk ke dalam bilik. Kami mengejarnya dan berlaku pergelutan," katanya.

Tay berkata beliau dan pasukannya telah menahan dua individu iaitu di Ipoh dan di Taiping, Perak (sebelum itu), yang membawa kepada penangkapan Koong.

Walaupun diasak oleh peguam Zamri Idrus, yang mewakili Koong, Tay masih mengekalkan jawapannya bahawa imej lelaki yang dilihat dalam CCTV, mirip dengan tangkapan dibuatnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin bersambung esok.
Tags / Kata Kunci: pengasas Ambank , Tay Chew Thwa

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan