Keputusan Status Agama Wanita Didakwa Mualaf Esok

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 8:09 PM

Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang menetapkan esok (Khamis) untuk keputusan status agama seorang wanita yang telah meninggal dunia dan didakwa mualaf Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah, 38, beragama Islam atau sebaliknya. 

Hakim Syarie Zaim Md Yudin membuat keputusan itu dalam prosiding hari ini yang diadakan secara tertutup selama lima jam.

Permohonan itu difailkan oleh plaintif iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengikut Seksyen 61(3)(10) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, iaitu pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu sama ada Islam atau sebaliknya.

Dalam prosiding tertutup itu seramai empat orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu dua saksi bagi pihak MAIPP iaitu wakil pendaftar mualaf dan dua saksi bagi pihak keluarga si mati iaitu teman rapat keluarga serta anak sulung si mati yang berusia 16 tahun.

Pihak keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala MAIPP diwakili peguam Noor Asyimah Ramli.

Teoh didakwa memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya telah meninggal dunia pada Sabtu lepas di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum dekat sini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan