Ketua Aktivis PPIM Didakwa Cederakan Aktivis Pengguna

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:35 PM

Nadzim Johan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan seorang ahli persatuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang aktivis pengguna, Mac lalu.

Nadzim, 54, dan Tengku Faezah Raja Fuad, 32, kedua-duanya Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah.

Kedua-dua mereka didakwa mencederakan Adam Mikail, 43, yang juga pemegang kerakyatan tetap di Perancis, di Tingkat 3, Kondominium Villa Puteri, Jalan Tun Ismail, di sini pada pukul 12 tengah hari, 28 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak perlu ada sebarang jaminan kerana kes ini membabitkan kes saman.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak pendakwaan berharap kedua-dua mereka akan hadir pada setiap tarikh yang ditetapkan mahkamah.

Mahkamah kemudian melepaskan mereka yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican tanpa sebarang jaminan dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.


Tags / Kata Kunci: PPIM , Datuk Nadzim Johan , OKS , Adam Mikail

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan