Bekas Setiausaha Bank Mengaku Menipu

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha di OCBC Bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu bahagian kewangan bank berkenaan membabitkan lebih RM300,000.

Rose Hanida Long, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di bacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mat Ghani kemudian menetapkan 23 Jun sebagai tarikh penghakiman.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Rose Hanida didakwa menipu mangsa iaitu Bahagian Kewangan OCBC Bank dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa dokumen tuntutan perbelanjaan rasmi yang dikemukakannya adalah betul.

Perbuatan tertuduh mendorong bahagian itu meluluskan tuntutan perbelanjaan dan mendepositkan wang berjumlah RM348,294.81 ke dalam akaunnya melalui 160 transaksi.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Menara OCBC Bank (M) Berhad, Jalan Tun Perak, di sini, antara Januari 2010 hingga Disember 2013 dan dituduh di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan. Dia boleh dihukum penjara sehigga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam tidak menawarkan jaminan atas alasan melibatkan jumlah kerugian yang besar.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar mahkamah membenarkan jaminan kepada RM2,000.

Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tags / Kata Kunci: OCBC Bank , Mahkamah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan