MCMC: Penghina Agong Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: "//twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashimah bte Hashim dan Noor Zalizan bte Lazarous di hadapan Tuan Hakim Zulqarnain bin Hj Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan. Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Tel : +603 8688 8000 Faks : +603 8688 1007 E-mel: ccd www.mcmc.gov.my BERNAMA 09/06/2014 16-51ST

Tags / Kata Kunci: MCMC

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan