Teresa Kok Mahu Pindah Kes Hasutan Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 4:14 PM

Teresa Kok
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim, yang menghadapi pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen berhubung klip video kontroversi sempena Tahun Baharu Cina, hari ini memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menetapkan 2 Sept untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan itu dan memerintahkan peguamS.N.Nair yang mewakili Kok untuk membuat permohonan secara formal berhubung perkara itu.

Nair memberitahu mahkamah, semasa kes itu dibentangkan untuk pengurusan kes pada Isnin, anak guamnya memohon untuk memindahkan kes itu mengikut Seksyen 417, Kanun Acara Jenayah.

Katanya permohonan itu dibuat atas dua alasan, iaitu sekiranya kes itu bermula di Mahkamah Sesyen, anak guamnya hanya dapat mengemukakan rayuan akhir di Mahkamah Rayuan tetapi jika kes itu bermula di Mahkamah Tinggi, rayuan akan berakhir di Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga berkata pertuduhan itu juga melibatkan isu perlembagaan yang hanya boleh diputuskan oleh mahkamah atasan.

Berikutan itu, Norsharidah mengosongkan tarikh untuk perbicaraan bagi kes itu yang sebelum ini ditetapkan empat hari dari 2 Sept.

Pada 6 Mei, Kok yang juga anggota Parlimen Seputeh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menghasut berhubung satu video kontroversi sempena Tahun Baharu Cina.

Kok, 50, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar, Brickfields, pada kira-kira pukul 9 pagi, 1 Feb.

Dia menghadapi pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat boleh kehilangan haknya jika mahkamah menjatuhi hukuman denda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun terhadap sebarang kesalahan undang-undang. 

Pendakwaan dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.

Tags / Kata Kunci: Teresa Kok , Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan